Pada hari ini 10 Julai 1999, jam 3.17 dinihari Adik Nana telah dilahirkan, juga di Hospital Umum Sarawak. Adik Nana lahir seberat 3.5kg dan pada ketika mama melahirkan Adik nana, Yong Shasha baru sahaja berusia 1 tahun 6 hari. Melahirkan adik amat mudah sekali iaitu pada pukul 1.30 pagi ayah hantar mama ke hospital & pukul 3.17 pagi selamat dilahirkan. Menjaga adik juga amat senang sekali dari kecil sampailah sekarang. Satu perangai adik yg amat ketara sekali ialah suka sgt menolong mama & tidak kedekut dgn adik beradik. Dari kecil hingga sekarang orang ingat adik & yong kembar sbb fizikal hampir sama, cuma kulit jer yg lain..kehkehkeh (ikut kulit mama ler tu.. ye dik).
Sempena harijadi adik yg ke 9 ini juga, ayah buat surprise dengan menghadiahkan adik dgn basikal baru sama mcm yong tapi warna & jenama aje lain2.
Doa ayah & mama agar adik akan menjadi anak yg baik, rajin, taat kepada perintah Allah & selalu ingat akan asal usul kita.
Seperti Yong, mama juga buatkan adik sebiji kek iaitu kek coklat sebab adik memang suka sgt kek coklat. Adik juga hari ni telah membawa kek coklat tersebut ke kelas utk dijamukan kepada guru & rakan2 sekelasnya. Awal pagi lagi mama telah bangun utk membuat ganache (kek telah dibuat malam tadi) & seterusnya mendeco apa yg patut dgn dibantu seperti biasa oleh ayah.






















